Makanan segera: Hulur duit atau telefon aje, sampai depan umah. Panas-panas..peh!
Hak milik segera: Bayar ikut bawah meja, sekejap je diselenggarakan.
Bangunan segera: Cepat siap, boleh diduduki, tak sampai 3 tahun dah pecah sana-sini.
Anak segera: Tak payah 'aqad, tak payah kenduri kendara, senang nak dapat juge [sampai dibuang-buang]
Apa tu??
--------------
i-Segera dan moden.
Modernisasi. Cikgu cakap ia banyak berkaitan dengan:
- Millenium (alaf baru)
- Globalization (tiada lagi sempadan)
- Westernization of mind and behavior (isu pemBARATan pada sifat dan fikiran)
Jika pun ada kaitan dengan ketamadunan umat [civilization], modernisasi lebih menganjak kepada tamadun yang mereput, di mana hala sosialnya ke arah Barat. Kononnya moden, dan bukan cap kampung.
Dunia kita ni dah boleh dipanggil moden.
Cuba lihat luar sana. Semua orang sibuk cari harta benda. Kerja, buat part time lagi. Kenapa? Taraf hidup tinggi. Parking berbayar, toilet pun dah main duit kertas sekarang ni. Henpon dan kereta pulak dah jadi barang keperluan. Rumah bayarnya main ribu-ribu. Sangat tinggi.
[Belum masuk nak bayar gaji bibik dan taman asuhan anak-anak]
Jadi, kenalah kerja sungguh-sungguh. Impaknya? Fizikal memang kepenatanlah. Dahlah badan penat, otak pun penat.
ii-Hidden impacts
Yang tersembunyi. Demi Tuhan, modernisasi menjanjikan impak maksima. Alihan hidup kita makin berubah. Paling ketara tentulah taraf hidup yang tinggi. Lagi parah adalah hala sosial kita, lebih mutlaknya yang bernama remaja.
Walau diri agak tak gemar baca 'majalah comel yang selalu ada gambar hantu kat cover pagenya' tu, satu hari dibukalah juga. Ada satu laporan dan temuramah yang dilakukan dengan orang-orang yang dipanggil moden ni. Salah satunya [lebih kurang begini]:
"Tak modenlah kalu tak minum arak. Tak buat parti a.k.a kuno"
Ada lagi. Beliau cakap tentang dunia yang moden. Maksudnya, kita semua seharusnya bersikap lebih terbuka. Lebih menerima cara hidup yang stylish dan bebas.
"Mak bapa I pun tak pernah tegur. Asalkan I tak hisap dadah dan kenalkan kawan-kawan I pada parents, diorang tak kisah pun"
[Huh?]
iii-Hidden impacts (2)
"Sebagai guru, saya amat kasihan pada nasib anak-anak murid saya tu. Tarbiah agama yang cikgu-cikgu beri tak cukuplah nak jadi jati diri mereka. Kami berjumpa pun berapa jam sangat di sekolah. Diharapakan sangat mak ayah mampu sambung tarbiah kami ni. Tapi...."
"Betul tu. Ada parents yang tak bagi anak mereka pakai tudung masa sekolah rendah"
"Haah, ada mak ayah yang rambut merah, pink, seluar pendek. Selamba je datang sekolah, daftar anak ke kem anak soleh. Tak jadi contoh langsung"
[Dilema cikgu zaman moden. Saya mendengar, beri ruang pada guru-guru meluah rasa]
---------------------------
Benar. Makin moden, semuanya segera dan nak cepat. Lantas, sikap tunding menunding jari adalah perkara biasa. Ya, sikap lepas tangan dan kurang bertanggungjawab.
[Tak kisahlah siapa pun yang mengamalkannya. Yang penting apa resolusinya]
Kata cikgu, agama adalah tarbiah terbaik untuk anak-anak, untuk kita semua. Agama je lah yang mampu nak:
- menyatukan kehidupan yang terlalu melarat dengan problem sosialnya.
- menentukan tanggungjawab mak ayah dan guru dalam mendidik anak
- manjadikan umat manusia menjadi bersyukurdan bersikap qana'ah [mencukupi]
Kerna agama dikawal, dipelihara oleh Tuhan yang menjadikan seluruh bahan alam. Tak kiralah betapa maju dan modennya kita, jika tiada agama...kita umpama pohon-pohon yang subur sebentar dan mereput sia-sia tanpa mampu mengeluarkan buah pun.
Tanpa agama:
- manusia akan binasa.
- tiada bimbingan dan perlindungan.
- manusia tak rasa takut dengan Tuhan
- manusia akan buat perkara sia-sia
- manusia mengabaikan amanah dan tanggungjawabnya.
Modenkah kita jika agama dipaksi terpaling bawah?
7 comments:
mi segera sedap long. murah pun iya. cuma, kalau nak kenyang, kena ambil double. tapi, masih tak puas, sebab tak makan nasi. lagipun, harga double mi segera sama juga dengan sepinggan nasi. jadi, baik makan nasi! sedap dan berkhasiat. murah? kalau ambil lauk telur atau sayur aja :p
walau banyak benda instant yang sedap dan murah, yang satu itu juga yang kita perlu, untuk bahagia.
IMAN :)
mee segera mmg best...utk hari ini...^_^ V
alahai....save bajet ke.gitu le idup student.jimat sehabis mungkin.tp jgn le sampai mudarat diri mkn bende2 instant nih.
hehe...mmglah, kena cipta mee segera yg ada vitamin dan zat besi, kalsium dan segala macam khasiatnye...erk, ada ke?? hehe
pelajar universiti yang belum kerja dan kahwin tak ada pilihan. tapi mee segera diketahui memudaratkan. jadi, penciptaan mee segera dengan vitamin, semuanya adalah sangat diperlukan! ada sesiapa nak buat?
cepat²! nanti fahmi suh makan tempe je :p
aaaa....apa kata kalu kita modenkan tempe, dan segala makanan serat, jadikan dlm pek megi ke, atau apa2 yg lebih segera,
pnah tak tgk iklan popiya yg dikomersialkan tu??? menarikkan?? belum cuba belum tahu :)
popia? komersial? belum :)
Post a Comment